Bagaimana ianya berkesan

Sekiranya anda ingin apa yang kami tawar­kan dan rela untuk berusaha demi men­dapatkannya maka anda bersedia untuk mengambil beberapa langkah tertentu. Ini merupakan prinsip-prinsip yang mem­boleh­kan kepulihan kita berlaku.

  1.  Kami mengaku bahawa kami tiada daya upaya di atas penagihan sehinggakan kehidupan kami tidak boleh lagi diurus.

  2.  Kami mula mempercayai bahawa ada satu kuasa lain yang lebih berkuasa daripada kami mampu mengembalikan kewarasan kami.

  3.  Kami membuat keputusan untuk men­yerah kemahuan dan penghidupan kami kepada penjagaan Tuhan, sebagaimana kami memahamiNya.

  4.  Kami menyelidiki senarai moral diri kami tanpa ketakutan.

  5.  Kami mengaku kepada Tuhan, kepada diri sendiri dan seseorang lain, tentang punca sebenarnya kesalahan diri kami.

  6.  Kami dengan sepenuhnya bersedia agar Tuhan mengubahkan segala sifat-sifat kami yang buruk.

  7.  Kami dengan rendah diri memohon kepada Tuhan supaya mengubah segala kekurangan diri kami.

  8.  Kami menyenaraikan siapa yang telah kami aniaya dan rela untuk membetulkan kesalahan kepada mereka semua.

  9.  Kami secara langsung membetulkan kesalahan kepada orang tertentu di mana kami berpeluang, kecuali bila melaku­kannya akan menyakiti mereka atau yang lain.

10.  Kami dengan berterusan akan menyelidik peribadi diri dan apabila kami bersalah dengan segera mengakuinya.

11.  Kami memohon melalui doa dan ber­tafakur untuk membaiki kesedaran hubungan dengan Tuhan; sebagaimana kami memahamiNya, berdoa hanya untuk ketetapannya dan keupayaan melakukanya.

12.  Setelah memperolehi keinsafan rohani kesan dari langkah-langkah di atas, kami akan cuba menyampaikan pesanan ini kepada penagih lain dan mengamalkan prinsip-prinsip ini di dalam segala urusan hidup kami.

Ini berbunyi seperti satu perintah berat dan kami tidak boleh melakukannya dalam satu masa. Kami tidak menjadi penagih dalam masa satu hari, jadi beringat: buat apa yang mudah.

Terdapat satu perkara yang melebihi segala­nya yang akan menggagalkan kami di dalam pemulihan kami, iaitu sikap tidak ambil peduli atau tidak boleh bertolak-ansur terhadap prinsip-prinsip kerohanian. Tiga perkara yang tidak dapat dipisahkan ialah kejujuran, ber­fikiran terbuka dan kerelaan hati. Dengan semua ini kami akan selamat dalam per­jalanan hidup kami.

Kami merasakan bahawa pendekatan terhadap penyakit penagihan adalah benar-benar munasabah. Bagi nilai terapeutik se­orang penagih membantu antara satu sama lain adalah tanpa bandingan. Kami rasa bahawa cara kami adalah praktikal kerana seseorang penagih lebih memahami dan dapat membantu seorang penagih yang lain. Kami percaya lebih cepat kami menghadapi masalah di dalam masyarakat, dalam peng­hidupan harian, maka adalah lebih cepat kami diterima, bertanggungjawab dan menjadi ahli yang produktif di dalam masyarakat.

Cuma satu cara untuk mengelakkan dari­pada berulang kembali menagih, iaitu supaya jangan sesekali mengguna dadah yang mula-mula. Jikalau anda seperti kami, anda meng­etahui bahawa satu itu terlalu banyak dan seribu itu tidak pernah mencukupi. Kami memberi penekanan yang penting tentang perkara ini kerana kami tahu apabila kami menggunakan dadah dalam apa jua bentuk atau gantian yang lain, kami melepaskan penagihan berulang kembali.

Memikirkan bahawa arak sebagai berlainan dari dadah telah menyebabkan ramai penagih menagih semula. Sebelum kami menghadiri NA, kebanyakan dari kami memandang arak berlainan tetapi kami tidak mampu terkeliru mengenai ini. Arak adalah satu jenis dadah, kami adalah orang yang berpenyakit ke­tagihan, di mana kami mesti menjauhi dari­pada segala jenis dadah supaya kepulihan boleh dicapai.

Dua Belas Langkah dan Dua Belas Tradisi dicetak semula untuk penyesuaian dengan keizinan AA World Services, Inc.