Dua Belas Tradisi Narcotics Anonymous

Kami perolehi apa yang kami ada hanya dengan kewaspadaan. Kebebasan untuk setiap individu hanya diperolehi daripada Dua Belas Langkah, jadi kebebasan untuk kumpulan kami wujudnya daripada Dua Belas Tradisi kami.

Selagi ikatan yang menyatukan kami ber­sama lebih kukuh daripada yang akan memecah-belahkan kami, semuanya akan kekal sejahtera.

  1.  Kebajikan kami bersama diutamakan, kepulihan peribadi bergantung pada perpaduan Kumpulan NA.

  2.  Bagi maksud kumpulan kami hanya satu kuasa pemutus – Tuhan yang mengasihi sebagaimana yang dibuktikannya di dalam kata hati kumpulan kami (Group Conscience). Pemimpin kami hanya perkhidmat yang dipercayai, mereka tidak memerintah.

  3.  Cuma satu syarat untuk menjadi ahli iaitu keinginan untuk berhenti mengguna.

  4.  Setiap kumpulan seharusnya otonomi kecuali di dalam perkara yang melibatkan kumpulan lain atau NA keseluruhannya.

  5.  Setiap kumpulan mempunyai satu tujuan utama iaitu untuk menyampaikan pesanan kepada penagih yang masih menderita.

  6.  Kumpulan NA tidak harus menyokong, memberi, menerima wang atau me­minjamkan nama NA kepada sebarang institusi berkaitan atau perniagaan luar, jangan sampai masalah kewangan, harta atau martabat memesongkan kami daripada tujuan utama.

  7.  Setiap kumpulan NA seharusnya mampu menampung diri sepenuhnya tanpa me­nerima apa-apa sumbangan dari luar.

  8.  Narcotics Anonymous seharusnya terus kekal tidak profesional tetapi pusat perkhidmatan kami boleh mengambil pekerja-pekerja khas.

  9.  NA sepertinya, tidak seharusnya tersusun, tetapi kami mungkin boleh mewujudkan lembaga perkhidmatan atau komiti yang secara terus bertanggungjawab kepada mereka yang diberi perkhidmatan.

10.  Narcotics Anonymous tidak berpen­dirian dengan isu luar; nama NA tidak seharusnya dikaitkan ke dalam per­tikaian umum.

11.  Dasar perhubungan awam kami adalah berasas kepada daya tarikan bukannya secara promosi, kami perlu menjaga anonimiti peribadi di peringkat surat­khabar, radio dan filem.

12.  Anonimiti adalah asas program ke­rohani­­an dari segala tradisi kami, sen­tiasa memperingatkan kami untuk me­letakkan prinsip-prinsip mendahului keperibadian.

Kefahaman Tradisi Tradisi diperolehi dengan perlahan dan memakan masa. Kami memperolehi maklumat ini melalui perbualan dengan ahli ahli lain serta lawatan kami ke kumpulan lain. Kebiasaannya, setelah melibatkan diri dengan perkhid-matan, seseorang akan memberi tahu bahawa “kepulihan peribadi bergantung kepada perpaduan NA” dan perpaduan bergantung kepada bagaimana kami mengamal Tradisi Tradisi ini. Dua-belas Tradisi NA tidak boleh di tolak ansur. Ia merupakan garis panduan yang mengekalkan kesinambungan dan kebebasan persahabatan kita.

Dengan mengamalkan garis panduan ini dalam perhubungan di antara kita serta masyarakat secara kesuluruhannya, kita dapat menghindari banyak masalah. Ini tidak bermakna Tradisi kita dapat mengatasi semua masalah. Kita masih perlu menghadapi masalah masalah yang bakal timbul: seperti masalah perhubungan, perbezaan pendapat, kontroversi dalaman dan masalah individu dan kumpulan di luar persahabatan. Walaubagaimanapun, sekiranya kita mengamal prinsip prinsip ini, kita dapat mengelakkan daripada masalah ini.

Kebanyakan masalah kita adalah sama seperti yang telah dilalui oleh mereka sebelum ini. Melalui kesusahan yang telah mereka lalui maka lahirlah Tradisi Tradisi ini, dan pengalaman kami sendiri menunjukkan bahawa prinsip prinsip ini boleh membantu dahulu dan kini. Tradisi ini mampu melindungi kita daripada ancaman luar dan dalaman yang boleh menghancurkan kita. Ini lah yang dapat mengeratkan hubungan diantara kita. Ia hanya akan berkesan dengan memahami serta mengamalkan nya.  

Dua Belas Langkah dan Dua Belas Tradisi dicetak semula untuk penyesuaian dengan keizinan AA World Services, Inc.